Saturday 11 June 2011

#18. Review - A trip to Bandung/Jakarta

Hi hello!

Sesungguhnya aku telah menjejakkan kaki ke tanah Bandung dan Jakarta, Indonesia for 5D4N =) Kami pergi berenam dan stay kat Bandung for 3 days and the remain 2 days tu dekat Jakarta. Aku pun tak tau kenapa mak aku pergi booked flight tickets from KL to Jakarta Soekarno-Hatta airport instead of Bandung airport on first day =.= Last-last ended up dengan naik airport taxi ke Bandung for almost 3 hours journey. Tak boleh blah naik kebas bontot aku. Haha! Otw tu sebab lapar sangat, Pak Budi the driver bawak singgah lunch Masakan Padang. Ya rabbi, banyak gila lauk tapi aku just makan ayam sambel je, tak selera kot =') Tips! Kalau rasa tanak makan lauk dia, jangan sentuh. Makanan yang tak disentuh tidak akan dikira / di-charge.

Sampai jer kota Bandung, kami terus semangat nak ke Rumah Mode untuk shopping! Hahaha biasalah dah semua pon perempuan nak fikir ape lagi kan? =) Banyak jual baju kat sana, aku rasa bukan imitation items tapi more to rejected kott. Boleh lah cuba-cuba jaya dapat brand Esprit, ZARA, BSK, AlX, Marc Jacobs, Miss Sixty and many more. Barang baik derr, harga pun kena baik jugak lah. Agak mahal dalam rp70,000 and above. Convert la sendiri ok. Hehehe Then kami ke Cihampelas 2 hotel for check-in. Oleh sebab malam tak ada ape nak buat, so kami jalan-jalan kat Cihampelas walk (ciwalk) or Superheroes street. Memang best sebab kedai-kedai kat situ semua guna superheroes e.g Batman, Spiderman, Superman, Catwoman and etc. Comel-comel je and aku rasa kat situ je ade jual baju superheroes macam Superheroes DC kat Pavilion tu. Hehehe setakat baju I Love Bandung tu bersepah kat situ. Biasanya dia bukak harga tinggi dalam rp30,000 tapi bargain la sampai dapat rp20,000. Paling murah lah tu agaknya =')

Second day, kami naik angkutan merayap ke Pasar Baru pulak. 6 tingkat kesemuanya, besar gila ok. Oleh sebab kami semangat pergi pagi-pagi, so tak ramai. Memang heaven gila, dari women men's wear sehingga ke persalinan ibadah haji semua. Pilihlah mana ekau nak, yang penting kena kasik tawar-menawar okeh. Time lunch aku makan Ayam Penyet ya rabbi pedas nak gila. Menanges aku haha! Long necklace dia cantik lawa menarik, satu dapat dalam rp20,000 so aku beli 5 - alah baru rp100,000. Bajet kaya gila ah. Guwa jutawan kot datang sana. Hahahaha! Then kami pergi Toko 3, bangunan yang menjual Original Levi's Jeans i repeat, ORIGINAL! Haha rambang mata rasa nak gila kejap sebab banyak sangat choices. Aku yang bijaksana ni pergi try jeans yang harga mencecah rp1,499,000 Sejuta beb. Eventho 50% disc (rp799,000) still lah mahal. So jadiklah pengguna yang bijak beli jeans rp399,900 jer. Hehehe Boleh alter, kalau nak original cutting kena add-on rp10,000.

Third day, kami dah check-out and Pak Budi bawak sopping kat area Jalan Riau. Banyak gila Factory Outlets (FO) kat sana e.g Secrets, Unusual, The Oasis, Calamus etc etc. Yang paling best is Secrets sebab harga murah, baju cantik and semualah! Rasa geram jer nak bolot semua, haha! =') Then aku try la air Blackberry sebab Dekno pakse, Omg memang sedap sangat. Masam-masam manis so macam just perfect ah. Must try! Hikhikhik. Siap berbelanja, kami singgah Kartika Sari Jalan Dago. Mak aih, besar and sesak kott. Kat sana jual brownies kukus & bakar, kek lapis, fruit yogurt, ada macam-macam flavor dalam rp34,000 above. Haruslah beli kan untuk perut tersayang ;) Then zupp terus ke Jakarta ahaks! Gua letih bangat dok lame-lame dalam keta tuh boleh gila wei. Check in kat Hotel Puri Jaya ntah di ceruk mana mak aku booked. Haha! Dinner malam tuh guwa pekena pecel lele. Tau dak? Ikan lele ialah nama lain bagi ikan keli. Ditemani dengan iringan gitar lagu Kerispatih oleh mamat jalanan mana ntah. Sedap gila so bagi la dia rp1000 berkat nyanyian dan usaha menghiburkan hati mak jemah and the gang =')

Fourth day, pagi-pagi aku dah ready nak pegi Tanah Abang dengan menaiki angkutan. Sebab pagi sangat, so memang tak bukak lagi lah. Tanah Abang ni bukak pukul 10am and super busy crowded di waktu kemuncak. Kira macam Pasar Baru la, tapi aku rasa Pasar Baru best lagi. Hikhik oleh sebab akak aku sebok nak beli cover Blackberry yang ramai gila order from Mesia so kami pegi Roxy Mall. Sebijik macam Lowyatt memang jual gadgets saje. Haha. Lunch makan bakso memang perghhhhh, meatbols dia terbaik ar. Meleleh airliur time type ni. Hahahaha ohh Hard Rock Jakarta! Mesti visit tapi sumpah tak best. Baju macam haram je, semua tinggal size XL and XXL je. Menganjeng aku ke hape? Haha Mak aku memang tak complete la hidop dia kalau tak masuk LV @Indonesia Mall just pick-and-pay purse yang dah lama dia usha. Asal mummy bahagia lah baby pun tumpang happy =)

Last day, back to Malaysia. Goodbye Bandung/Jakarta. Miss youuuuuuu..


Masakan Padang



Pasar Baru

Toko 3





Pak Budi the driver melayan kerenah mak Jemah =')

six of us!

Ayam Penyet







Mak aih letih gila menaip. Menguap dah berpuluh kali namun kugagahkan jua jari dan mata ini. So long and goodnight lovelies!

So simple yet so complicated ;)
xoxo


Wednesday 1 June 2011